Sejarah Penubuhan


SEJARAH PENUBUHAN

Dalila Home Décor telah ditubuhkan pada 13 Julai 2006 dan merupakan perniagaan milikan tunggal YM Tengku Dalila Binti Tengku Abdul Jalil.Beliau merupakan Pengurus kepada Dalila Home Décor.Pada awal penubuhan ianya dikenali sebagai Dalila Creative Enterprise dan ditubuhkan pada 03 Mac 2000. Ketika itu syarikat menjalankan perniagaan dalam bentuk perkhidmatan menjahit pakaian, langsir, cadar dan sarung kusyen.

Banyak tempahan persendirian dan tender kerajaan yang diperolehi antaranya adalah menjahit baju sekolah asrama dan cadar Sek.Teknik Bukit Minyak Pulau Pinang, menjahit pakaian Sekolah Tadika Tapis, Tadika Cahaya dan Tadika Pasti di daerah Kulim, Kedah.Kemudian Syarikat ini telah mendapat kepercayaan untuk memperolehi tender kerajaan dalam bentuk menjahit cadar dan langsir hospital.

 Pada pertengahan 2004 Dalila Creative Enterprise membuka peluang kepada wanita untuk mempelajari bidang jahitan langsir. Idea ini terhasil dari salah seorang pelanggan yang mahu mempelajari ilmu dalam bidang jahitan langsir dan ini mendorong pihak syarikat untuk mengadakan kelas jahitan langsir.Kebanyakan para pelajar kelas jahitan in terdiri daripada guru-guru, suri rumah tangga, jururawat dan sebagainya.

Pada bulan Ogos 2005, pengurus Dalila Creative Enterprise telah berpindah ke Kuantan kerana mengikut suami berpindah. Ketika di Kuantan Pahang pengurus Dalila Creative Enterprise telah mengambil keputusan menutup perniagaannya. Namun atas dasar masih cintakan bidang jahitan langsir dan cadar, beliau tidak mahu ilmu dalam bidang langsir ini berkubur dan mengambil keputusan untuk membina semula perniagaannya dengan nama Dalila Home Décor. Disinilah titik permulaan dan perkembangan syarikat Dalila Home Décor sehingga sekarang.

No comments:

Post a Comment