Dalila Home Décor
ditubuhkan pada 13 Julai 2006 dan merupakan sebuah syarikat bertaraf bumiputra
yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang bekalan barang-barang
dan perkhidmatan. Perkhidmatan utama yang ditawarkan adalah dalam bentuk
jahitan langsir, jahitan cadar, butik pengantin, perabot sofa dan mengajar
dalam bidang gaya langsir dan perabot sofa.
YM Tengku Dalila Binti Tengku Abdul Jalil merupakan
Pemilik Tunggal perniagaan ini. Beliau telah meneraju dalam bidang perniagaan
ini selama 6 tahun di Kulim, Kedah dengan nama syarikat Dalila Creative
Enterprise pada tahun 2000 dan berpindah ke Kuantan, Pahang pada tahun 2006
dengan perniagaan yang baru iaitu Dalila Home Décor yang sedang berkembang
sehingga sekarang.
Berdasarkan pengalaman yang dimiliki YM Tengku Dalila Binti Tengku Abdul Jalil sebagai pengurus yang telah lama menceburi bidang perniagaan ini telah berjaya melaksanakan projek yang telah dianugerahkan dengan cemerlang.
Dengan adanya kemudahan pemberian kewangan dari pihak MARA dan kemudahan kredit dari pihak pembekal serta kedudukan kewangan yang kukuh, Dalila Home Décor mampu untuk terus bersaing dan memberikan perkhidmatan berkualiti untuk terus berjaya di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment